Sunday, 23 July 2017

Koleksi Angelonia

Baru-baru ni saya sangat berkenan dengan bunga angelonia atau bunga sate dan saya ada order keratan batang angelonia ni dengan Pn. Anum..Alhamdulilah semuanya hidup..Sepanjang penanaman saya yang baru jangka masa 3 bulan rasanya, angelonia ni mudah untuk hidup, dan senang dibelai..saya hanya bagi baja dalam sebulan sekali sahaja tapi dah cukup merimbun dan senang untuk dibiak, hanya cucuk-cucuk sahaja keratan batangnya ke dalam tanah..Insya Allah tumbuhla ia...dan pastikan sentiasa menyiramnya, saya hanya siram sekali sehari diwaktu petang sahaja.. ada juga yang ditanam melalui biji benih, tapi saya masih belum mencubanya.. saya baru ada 4 koleksi, 2 yang jenis renek dan 2 yang jenis tinggi...

Angelonia warna pink terang dan jenis renek
Angelonia unggu jenis renek

Angelonia pink purple jenis tinggi
credit pic to google, sebab tak sempat nak snap pic sendiri

Angelonia white purple jenis tinggi
credit pic to google, sebab tak sempat nak snap pic sendiri
untuk makluman dan info, angelonia jenis renek tidak berbau, manakala angelinia jenis tinggi berbau sangat wangi menusuk hidung.. tersangat wangi...

dan gambar kat bawah ni adalah angelonia yang saya tengah memburu untuk dijadikan koleksi,..menunggu gaji masuk untuk bulan ni untuk dihabiskan di nursery, bersedialah untuk ikat perut.. hehe








Harapnya jumpalah nanti apa yang dicari..happy blogging to all, minta maaf juga jika banyak yang saya salah ejaan untuk entry ni dan sebelum-sebelum ni, malas nak semak balik bila lepas tulis..hehe

1 comment:

  1. assalamualaikum, kalau saya nk beli keratan angelonia boleh?

    ReplyDelete