kat bawah ni adalah spesis bunga zirafah atau nama sebenarnya zinnia
![]() |
![]() ![]() ![]() |
yang ni koleksi bunga petunia yang ditanam melalui biji benih
ni nastrium, tapi dah arwah sebab tak tahan panas.. kalau area rumah memang tersangat panas..lain kali nak cuba lagi beli benih letak bawah garaj..manatahukan boleh hidup lama..sekadar mencuba
bunga tahi ayam @ marigold, jenis kampung dan juga jenis yang tak ada kat Malaysia
yang ni pula bunga dianthus, ditanam melalui biji benih
Morning Glory yang sangat cantik, bunga besar...tapi dah jadi kenangan terindah
bunga butang @ gomphera, saya ada warna pink dan purple je..ada banyak lagi warna yang ada, putih, merah dan oren
yang ni spesis vinca, ada yang jenis menegak dan jugak jenis gantung, cantik-cantik warna dia, memang lawa sebagai penyeri laman, tapi hayatnya panjang hanya tahan setahun lebih..mana-mana yang rajin boleh kutip benihnya untuk tanam semula..berbaloi-baloi
ni yang paling common rasanya..japanese rose atau bunga ros jepun..saya tak ada yang varieti baru, sebab tak berapa minat, tapi encik suami macam berminat sangat..mungkin nanti nak cuba beli cutting yang orang jual online
bunga keembung paling nostalgia sekali, sebab zaman sekolah dulu cikgu selalu suruh bawa untuk buat eksperimen..pastu suka jugak masa kecil-kecil dulu letupkan buah dia
dulu tak pernah jumpa yang jenis renek macam ni, sekarang macam-macam jenis ada...cantik sangat bila tanam rapat-rapat macam ni kan
cosmos yang dah tinggal kenangan, sebab bila berbunga tak hasilkan benih, jadi tak boleh nak tanam semula..terasa sayang sebab bunganya cantik, warna terang
last sekali bunga matahari yang saya suka tanam ni sebab saiz bunga besar dan memang menyerlah... dari jauh dah nampak
sebenarnya ada lagi bunga-bunga yang ditanam, setakat ni saya kongsikan yang ini saja dahulu, lain kali saya post lagi...terima kasih pada yang sanggup baca dan tengok-tengok gambar...
No comments:
Post a Comment