Baru-baru ni saya suka update blog ni...rasanya nak mula semula kongsi cerita, dulu dah hampir dua tahun saya tak uodate blog, bila difikirkan balik kenapa ye?? emm... mungkin sebab dua tahun lepas saya ditukar jabatan, mula balik proses belajar untuk jabatan baru, banyak perkara yang kena fikir dan masalah keluarga juga salah satu sebab.. dulu en.suami di KL saya pula bersama anak-anak di Kelantan..jadi saya agak sibuk dengan dunia sebagai parent, almaklumla masa tu anak dah masuk dua, jadi beban tu bertambah..
Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi kerana suami dah berjaya bertukar ke sini sesudah lima tahun kami berjauhan hanya hujung minggu bersama...
Saya juga mula berkebun pada pertengahan tahun lepas, memang banyak perubahan bila berkebun ni, jiwa rasa tenang dan boleh release tension..en.suami memang support dan dialah yang membantu saya dalam kerja-kerja berat, kecuali satu je dia takut nak tanam bunga or sayur sebabnya ada satu kali tu dia tanam kemudian mati, katanya mungkin tangannya jenis panas...sekarang dia pun sama naik jadi gila nak berkebun, tiap-tiap pagi sebelum ke tempat kerja habis dirondanya keliling rumah menengok tanaman...hehe
Akhir-akhir saya berkenan dengan morning glory, cantik pula rasanya dipandangan mata,..dan akhirnya saya telah order beberapa jenis morning glory.. harapnya minggu depan dapatlah benihnya untuk disemai.. saya selalu beli online dengan kak miza seeds galore..
memang cantikkan, yang ni jenis japanese mornig glory...kami berdua tengah susun bajet nak berkebun, berkebun pun boleh keluarkan bajet yang banyak..satu hari nanti kami nak cuba jual pula hasil kami, mungkin nak buka nursery kecil-kecilan kat rumah sendiri...impian je tu..
No comments:
Post a Comment