Thursday, 20 July 2017

Tanam Sendiri, Makan Sendiri

Sekarang kami banyak masak menggunakan bahan yang ditanam, cuma ada sesetangah jenis sayuran yang tak mampu ditanam sahaja yang kami beli..sebenarnya bagi yang mula-mula nak bertanam atau berkebun memang akan banyak mengeluarkan kos umpamanya tanah jika kawasan rumah tidak mempunyai tanah atau tanah yang tidak sesuai untuk berkebun contoh keadaan kawasan rumah kami, memang terpaksa beli tanah dan masukkan dalam polibeg atau pasu. Tanah semaian atau peatmoss juga perlu dibeli untuk semaian benih, sebabnya benih lebih cepat germinate dengan peatmoss. Biji benih serta baja juga perlu pada permulaannya..jadi disitu pun kita dah nampakkan kosnya. Tambah-tambah kalau jenis macam saya yang suka pada bunga-bungaan makin menipis duit yang ada...hehe, tapi jangan terlalu obses, nanti akhir bulan dah habis duit,..jadila macam saya yang tak pandai merancang..tapi bolehlah jugak backup dengan makan sayur-sayur sekeliling rumah sahaja..bertabahlah ye en.suami...

Cinnamon Basil, tanam sahaja tapi tak makan sebab baunya yang kuat. Disebelahnya ada daun sup, daun bawang dan diselang seli dengan bunga-bungaan 
Kacang botol untuk dijadikan ulam, memang sedap makan dengan budu
Kangkung untuk masakan nasi goreng atau boleh juga goreng belacan, sedap
Daun pandan, selom dan kesum
Terung ni memang wajib tanam, en.suami sangat suka kalau masukkan dalam kari
Cili solok
Lada kulai 
Tembikai susu atau melon, tak berapa nak menjadi buahnya..nak mencuba tanam rock melon pula nanti
Lada warna purple ni tak pedas..cuma cantik dijadikan hiasan
Labu air memang paling banyak mengahasilkan buah sehingga kami tak termakan, rezeki jiran-jiran dan kawan pejabat 
Asparagus
Salad


Nilah sedikit hasil yang dituai untuk dimasak...memang seronok berkebun..boleh jimat jika usaha longterm..

No comments:

Post a Comment