Thursday, 23 November 2017

Kerinduan Berkebun

Sudah lama rasanya saya tak keluar berkebun..hanya sekadar melawat laman sahaja..tidak cukup masa rasnya bila masa bekerja...sibuk dengan urusan kerja dan rumah tangga..selain itu, waktu maghrib juga lebih awal, jadi keberadaan di luar rumah juga lebih singkat...kecuali suami saja yang selalu menyiram dan menjaga ayam ternakannya...Alhamdulilah esok dah cuti hujung minggu, bolehlah cuba bersihkan belakang rumah dan mengangkat bata untuk disusun... Nanti saya update lain kali bata yang disusun apabila sudah siap sepenuhnya..

Zinnia Zahara spesis renek, nampak gaya kena semai balik sebab pokok dah mula mengering. Tanaman semusim.




Bunga Ros yang berat bunganya, habis tertunduk sebab tak ada pacang. Susah nak cari pacang buluh yang orang jual kat sini.





Pokok bunga raya semakin menguning daunnya, mungkin disebabkan hujan tak berhenti. Tapi masih lagi mengembangkan bunga.



InsyaAllah, kita akan jumpa dipost akan datang. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment