Kawasan rumah saya selalu sahaja menjadi takungan air disesetengah tempat yang agak rendah jika hujan berlarutan..tenggelam pokok bunga dan buah yang ditanam..Almaklumlah sekarang dah nak masuk musim tengkujuh di pantai timur..
Musim-musim hujan adalah musim paling menggerunkan untuk penanam ros..masa ini akan aktif penyakit-penyakit utama ros iaitu blackspot..dan paling menakutkan ialah kanker pada batang ros..yang mungkin boleh meragut nyawa pokok ros...untuk mencegahnya, pindahkan pokok-pokok ditempat yang diteduh yang terlindung dari terkena air hujan...
Biar gambar sahaja berbicara....
 |
air bertakung, anak-anak pokok dipindah ke tempat tinggi |
 |
bunga-bunga rebah ditimpa hujan lebat, rumput yang semakin galak pertumbuhan..kerana asyik hujan, tak dapat nak merumput dan memotong rumput yang dah panjang |
 |
ros yang dipindahkan |
 |
pertama kali berbunga lebat pokok limau kasturi |
Sayur-sayur dibelakang rumah
No comments:
Post a Comment