Mesti ramai yang suka terbeli barangkan..terutamanya orang perempuan..memang suka membeli belah..kalau saya barang paling suka terbeli ialah baju dan benih..tambah-tambah kalau nampak yang benih rare..fuh kompem rasa nak beli, kononnya nak tanam, tapi selalunya tak menjadi.. dan juga setiap kali itulah juga tak pernah pula rasa menyesal or putus asa..kemudian beli lagi..padahal dah tahu tak tumbuh, masih tak serik-serik sehinggakan en.suami pun mula berpesan, minta tolong berjimat cermat sedikit...
Hari ni terbeli lagi lepas tergoda tengok iklan kat fb : biji benih tangan hijau..macam-macam jenis sayuran, herba, bungaan dan baja..abis duit gaji yang baru beberapa hari singgah di akaun...
Semua gambar adalah dari fb biji benih tangan hijau..ada bermacam-macam jenis lagi sayuran, herba dan bungaan yang ada..yang saya upload hanya 1/10 sahaja...
Akhirnya saya tewas jua untuk menahan godaan benih-benih ni..Terbeli beberpa biji benih baru yang kononnya nak disemai nanti..Tak sabar rasanya nak cuba semai yang benih-benih baru...walaupun ruang rumah dah semakin mengecil, kena fikir untuk buat batas baru...
Saya selalu terikut dengan design english garden, memang cantikkan, tapi memandangkan kos untuk buat english garden tu agak mahal, so buat kebun jela tepi rumah ala kampung..yang penting kena bersih...
Gambar-gambar atas ni semua dari google..sebab yang ni laman or design nun jauh di negara omputih..cantik-cantik kan..memang seharianla duk kat kebun kalau ni kebun rumah saya, tengok-tengok tidur pun nak kat kebun... hehe
Baru-baru ni saya mula menyemai semula selepas membuang segala tanaman yang tua dan tak memberi hasil yang banyak..mungkin dalam sebulan lagi baru boleh dapat hasil...
Benih kacang botol, kacang panjang merah, petola, timun ulam nampaknya dah tumbuh.. anak-anak salad dan lobak putih pon dah dipindahkan ke batas...sawi pun dah makin meninggi dan membesar..cuma benih lada saya semai tak menjadi...nampaknya saya kena usaha lagi untuk semai hujung minggu ni...
Thank you