Monday, 18 December 2017

Laman Kami

Hari ni saya nak tunjukkan laman saya yang dalam proses mengemas dan membaik pulih.. Keadaan memang tunggang langgang, sebab jumaat sabtu hari minggu lepas sahaja kami membanting tulang.. Seronok sebab minggu lepas memang tak hujan langsung, tapi bila masuk minggu ni, nampak gayanya hujan akan turun kembali.. Mungkin akan jadi gelombang ke-2 banjir di Kelantan...

Gambar kat bawah adalah kawasan depan rumah..

yang ni adalah tempat semaian anak pokok 
sususan yang biasa sahaja... nanti nak tambah pokok gantung kat atas tu..


daun berguguran..
Kemudian kita beralih dikawasan tepi rumah pula


kawasan semak samun yang belum sempat nak kemaskan...tunggu hari minggu yang cuaca cerah, baru boleh membersih semula
kawasan terbengkalai, masih mencari idea untuk landskap

Ini adalah kawasan ternakan en.suami
Gambar belakang rumah..


masih lagi terbengkalai...
Thank you!!

No comments:

Post a Comment