Thursday, 23 November 2017

Kerinduan Berkebun

Sudah lama rasanya saya tak keluar berkebun..hanya sekadar melawat laman sahaja..tidak cukup masa rasnya bila masa bekerja...sibuk dengan urusan kerja dan rumah tangga..selain itu, waktu maghrib juga lebih awal, jadi keberadaan di luar rumah juga lebih singkat...kecuali suami saja yang selalu menyiram dan menjaga ayam ternakannya...Alhamdulilah esok dah cuti hujung minggu, bolehlah cuba bersihkan belakang rumah dan mengangkat bata untuk disusun... Nanti saya update lain kali bata yang disusun apabila sudah siap sepenuhnya..

Zinnia Zahara spesis renek, nampak gaya kena semai balik sebab pokok dah mula mengering. Tanaman semusim.




Bunga Ros yang berat bunganya, habis tertunduk sebab tak ada pacang. Susah nak cari pacang buluh yang orang jual kat sini.





Pokok bunga raya semakin menguning daunnya, mungkin disebabkan hujan tak berhenti. Tapi masih lagi mengembangkan bunga.



InsyaAllah, kita akan jumpa dipost akan datang. Terima kasih.

Wednesday, 15 November 2017

Tuaian Minggu Lepas

Pada hari khamis minggu lepas, saya dah tuai satu besen sayur kailan dan kolhrabi... segar-segar dan besar-besar pokoknya..bolehlah kami anak beranak makan.. siap boleh masak untuk dua kali bagi sebesen kailan..
Sekarang besen-besen yang dah dituai masih kosong lagi..belum sempat nak semai apa-apa jenis sayur lagi..masih lagi juga terpikir nak tanam apa untuk musim hujan ni.. mungkin sawi atau pakchoy atau salad..

Sekarang saya dah kurangkan aktiviti menanam sayur disebabkan cuaca asyik hujan..bila hujan lebat anak-anak sayur selalunya akan mati bila dirembas hujan..mungkin akan mula kembali menanam bila selesai isu kes tanah depan rumah..sebab nak tukar rekabentuk kebun biar nampak lebih kemas, teratur dan juga kurang rumput..

Kos memang tinggi untuk tambun batu di sekitar kawasan supaya lebih cantik...mungkin saya kena kurangkan aktiviti membeli pokok-pokok bunga untuk simpan bagi tercapai nak menambung batu dikawasan rumah..doakan saya ye...

Sumber kekuatan saya adalah bila berhasil sesuatu tanaman itu...

belum lagi dituai, sebab  bunga baru mula terbentuk
hasil tuaian
 bunga raya hidbrid..terlalu besar bunganya..sampai pokok pun melentur dek bunganya yang berat









dan last sekali budak manja mami yang sorang ni...


Permintaan dari anak-anak nak makan kek, jadi mami pun belikan..jangan salah sangka kata saya membaking pula...


Terima kasih...

Wednesday, 8 November 2017

Tanaman untuk 08.11.2017

Hari ini saya hanya nak tunjuk tanaman saya yang rancak berbunga iaitu si dahlia rejimen firecracker..tahun depan memang saya akan beli ubi dahlia jenis lain pula bila musim bunga kat luar negara kembali...



Satu lagi ialah pokok tin yang semakin subur..dulu beli tut dengan harga yang murah bagi saya iaitu rm20.00 satu tut bagi variety IBG dan Red Khurtmani



Last sekali pokok ati-ati..cantik daunnya yang bermacam warna, memang boleh menyerikan laman..tambah-tambah kalau pokoknya rimbun..


Sunday, 5 November 2017

Banjir datang kembali

Kawasan rumah saya selalu sahaja menjadi takungan air disesetengah tempat yang agak rendah jika hujan berlarutan..tenggelam pokok bunga dan buah yang ditanam..Almaklumlah sekarang dah nak masuk musim tengkujuh di pantai timur..

Musim-musim hujan adalah musim paling menggerunkan untuk penanam ros..masa ini akan aktif penyakit-penyakit utama ros iaitu blackspot..dan paling menakutkan ialah kanker pada batang ros..yang mungkin boleh meragut nyawa pokok ros...untuk mencegahnya, pindahkan pokok-pokok ditempat yang diteduh yang terlindung dari terkena air hujan...

Biar gambar sahaja berbicara....

air bertakung, anak-anak pokok dipindah ke tempat tinggi
bunga-bunga rebah ditimpa hujan lebat, rumput yang semakin galak pertumbuhan..kerana asyik hujan, tak dapat nak merumput dan memotong rumput yang dah panjang
ros yang dipindahkan
pertama kali berbunga lebat pokok limau kasturi
Sayur-sayur dibelakang rumah

kailan, bunga kobis dan salad
kolhrabi unggu, tunggu masa untuk tuai
kawasan penanaman cili
pokok black raspberry
bahagian bunga raya
pokok blueberry
Bunga-bunga berkembang











Wednesday, 1 November 2017

Bunga berkembang hati pun riang

Hari cuma nak upload gambar-gamabr bunga yang berkembang dan anak bulus baru kami

id Impress Fara

id Abracadabra
 




Saya dah namakan anak bulus ni..Tobi dan Cika