Rasa agak lama tak menulis..baru-baru ni saya sangat berminat nak mencuba menanam raspberry.. harga sepokok memang sangat mahal bagi saya, satu pokok mencecah RM180.00 bergantung kepada jenis.. memang pokai saya bulan ni.. baru sahaja membeli anak pokok red amity raspberry (warna merah) dengan harga RM120.00 sepokok, serta bareroot waiau raspberry RM65.00. Yang bareroot ni tak tahulah sama ada akan tumbuh atau tidak memandangkan tak pernah lagi saya mencuba menyemai dengan mengunakan bareroot. sekadar mencuba sahaja.
Selain tu saya ada jugak membeli blackberry dan karaka berry..sekarang harga blackberry dah semakin menurun dan kita boleh dapatkan anak pokok dengan harga RM35.00 sahaja. Satu lagi spesis berry adalah blueberry yang dibeli dengan harga RM65.00 sepokok.
Saya sertakan gambar-gambar buah raspberry dari google ye, almaklumla baru beli anak pokok, tak berbuah lagi.
 |
waiau raspberry (sumber dari google) |
 |
Red Amity Raspberry (sumber dari google) |
 |
Karaka Berry (sumber dari google) |
 |
Blackberry (sumber dari google) |
 |
Blueberry (sumber dari google) |
sekarang saya mencari fall gold raspberry untuk dijadikan koleksi, gambar google seperti ni :
Warna kuning keemasan yang menawan hati..
dan seterusnya adalah untuk menjamu mata dengan bunga-bunga yang mekar pada hari ini
 |
Dahlia Rejimen Firecracker |
 |
id blushing peace |
 |
Sejenis ipomea sp. |
 |
Zinnia Zahara |
 |
Cantik pula bunga butang yang tumbuh sendiri, jenis ni self seed, memang tumbuh merata kat kawasan rumah |
No comments:
Post a Comment