Monday, 23 October 2017

Bunga Raya Bunga Kebangsaan



Bunga raya atau Hibiscus Rosa- Sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia yang menjadi lambang perpaduan bangsa, agama, dan negara. Kelopak bunga yang lima adalah lambang kepada Rukun Islam dan Rukun Negara. Warna merah pula bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di Negaraku Malaysia tercinta. 

(copy paste from http://myinfomalaysia.blogspot.my/)

Namun sekarang makin banyak bunga raya yang telah dihibrid atau cross polinated dari yang asal. Warna yang terhasil amat cantik dan bunga juga bersaiz besar. Saya sekarang masih lagi mengumpul bunga-bunga raya yang jenis kampung dan juga jenis hibrid. 


Setakat ini koleksi hibrid saya hanya pada yang jenis senang dicari dan berharga murah. Sangat tertawan dengan beberapa koleksi dari luar negara yang harganya sangat mahal walaupun hanya untuk dapatkan keratan batang. Tapi saya tidak mahu mengambil risiko kerana masih belum begitu pandai untuk menjaga spesis bunga raya.


Berikut saya sertakan gambar-gambar bunga raya hibrid dan cross polinated yang terhasil di luar negara dan juga oleh breeder dari Malaysia. Gambar-gambar adalah hasil dari carian di pinterest, dan bukan hak milik saya.
































Sangat berharap jika dapat mengumpul semua jenis bunga raya yang ada... memang sangat tergoda dengan corak dan warnanya.. Ini adalah hanya sedikit sahaja gambar yang saya sertakan..terdapat banyak lagi bunga raya yang ada..

1 comment:

  1. http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/nikmati-sajian-istimewa-burger-hitam-di.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/3-pertimbangan-pria-yang-selingkuh-tak.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/4-fakta-menarik-miss-universe-2017-demi.html

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete