Wednesday, 27 September 2017

Kesedihan Berkebun

Untuk tahun ni semua sayur yang saya tanam semua tak menjadi..terasa sangat sedih bila tengok sayur-sayur yang tak nak membesar..bersabarla wahai hati...mungkin kena buang semua dan cuba semai semula...tapi entah bila nak disemai semula tu..memandangkan sekarang teramat sibuk dengan aktiviti mengemas rumah sebab ma baru saja berpindah, jadi bilik jadi kosong dan kena kemaskan..selagi tak siap mengemas selagi itu tak boleh nak fokus pada laman.. sekarang hanya sekadar menyiram tiap petang, aktiviti lain dah tak boleh buat..

paling menyedihkan sayur timun, tiap kali hidup mesti kena jangkitan tompok kuning sampai pokok mati...sayang sungguh rasanya...ujian dalam berkebunkan..ada masa sayur menjadi..ada masa tak menjadi...semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar...

peneduh dia baru sahaja roboh..jadilah macam ni..nampak tak keadaan pokok yang kurang subur
banyak pula rumput-rumput yang perlu dicabut, tuan dia sibuk ya amat sekarang  
sepokok ja zuchini yang hidup, harap berbuahlah, pokok jagung dah nak mati sbb tak terjaga, mungkin kekurangan zat
kawasan rumah memang sangat panas, sebab rumah dekat dengan pantai, habis daun lada lecur
tomato yang hidup segan dan bakal arwah tak lama lagi
satu-satunya yang subur, si ulam raja
kawasan belakang rumah yang kurang mendapat perhatian
yang ni pun macam nak pupus, tunggu kita tanam yang lain pula untuk gantikan besen-besen ni
Begitula nasib sayur-sayur saya yang semakin nazak dari hari ke hari.. moga ada kesempatan untuk menyemai yang baharu nanti..

No comments:

Post a Comment