Saya ada join kelab peminat bunga raya di facebook dan amat tertarik dengan jenis-jenis bunga yang ada...dan paling menarik adalah yang jenis hibrid.. bunga besar dan banyak warna dan harga memang agak tinggi dalam RM50.00 untuk satu pasu... mampu tengok je lah.. tapi Alhamdulillah dapat jugak kumpul beberapa jenis bunga raya jenis kampung dan ada juga yang hibrid yang cameron highland...
Bunga raya dari CH beli dekat pasar tani
 |
bunga dia sangat besar, sebesarnya pinggan |
Bunga raya jenis kampung beli keratan batang dengan kawan fb rumahkecil telok kemang
 |
yang ni ditukar dengan keratan pokok puding, yang spesis kernaf |
Bunga raya hibrid CH yang dibeli dengan kawan fb siti khadijah
Akhir sekali bunga raya jenis kampung yang dibeli dengan kawan fb Ramnah Nana Ijok
Setakat ni saje bunga raya yang saya kumpul..akan datang mungkin akan tambah lagi koleksi lain
No comments:
Post a Comment