Wednesday, 27 September 2017

Kesedihan Berkebun

Untuk tahun ni semua sayur yang saya tanam semua tak menjadi..terasa sangat sedih bila tengok sayur-sayur yang tak nak membesar..bersabarla wahai hati...mungkin kena buang semua dan cuba semai semula...tapi entah bila nak disemai semula tu..memandangkan sekarang teramat sibuk dengan aktiviti mengemas rumah sebab ma baru saja berpindah, jadi bilik jadi kosong dan kena kemaskan..selagi tak siap mengemas selagi itu tak boleh nak fokus pada laman.. sekarang hanya sekadar menyiram tiap petang, aktiviti lain dah tak boleh buat..

paling menyedihkan sayur timun, tiap kali hidup mesti kena jangkitan tompok kuning sampai pokok mati...sayang sungguh rasanya...ujian dalam berkebunkan..ada masa sayur menjadi..ada masa tak menjadi...semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar...

peneduh dia baru sahaja roboh..jadilah macam ni..nampak tak keadaan pokok yang kurang subur
banyak pula rumput-rumput yang perlu dicabut, tuan dia sibuk ya amat sekarang  
sepokok ja zuchini yang hidup, harap berbuahlah, pokok jagung dah nak mati sbb tak terjaga, mungkin kekurangan zat
kawasan rumah memang sangat panas, sebab rumah dekat dengan pantai, habis daun lada lecur
tomato yang hidup segan dan bakal arwah tak lama lagi
satu-satunya yang subur, si ulam raja
kawasan belakang rumah yang kurang mendapat perhatian
yang ni pun macam nak pupus, tunggu kita tanam yang lain pula untuk gantikan besen-besen ni
Begitula nasib sayur-sayur saya yang semakin nazak dari hari ke hari.. moga ada kesempatan untuk menyemai yang baharu nanti..

Thursday, 21 September 2017

Bunga Raya Bunga Kebangsaan

Saya ada join kelab peminat bunga raya di facebook dan amat tertarik dengan jenis-jenis bunga yang ada...dan paling menarik adalah yang jenis hibrid.. bunga besar dan banyak warna dan harga memang agak tinggi dalam RM50.00 untuk satu pasu... mampu tengok je lah.. tapi Alhamdulillah dapat jugak kumpul beberapa jenis bunga raya jenis kampung dan ada juga yang hibrid yang cameron highland...

Bunga raya dari CH beli dekat pasar tani

bunga dia sangat besar, sebesarnya pinggan
Bunga raya jenis kampung beli keratan batang dengan kawan fb rumahkecil telok kemang







yang ni ditukar dengan keratan pokok puding, yang spesis kernaf
Bunga raya hibrid CH yang dibeli dengan kawan fb siti khadijah








Akhir sekali bunga raya jenis kampung yang dibeli dengan kawan fb Ramnah Nana Ijok



Setakat ni saje bunga raya yang saya kumpul..akan datang mungkin akan tambah lagi koleksi lain

Monday, 18 September 2017

Morning Glory

Pagi ini semasa menjengok halaman depan rumah..terlihat morning glory berkembang indah..cantik sangat...saya nak kongsikan gambar kepada semua pembaca..




nak mencari lebih banyak lagi spesis morning glory ni...

Tuesday, 12 September 2017

Bunga Berkembang

12 September 2017, beberapa bunga yang mula berkembang di laman..

Bunga Seri Pagi



Bunga Raya



Bunga Strawflower


Bunga Lily (Bakung)


Hari Raya & Balik Kampung

Memang sinonimla kan kalau raya mesti balik kampung..untuk raya haji tahun ni, kami balik raya rumah mak en.suami..memang berjalanla bila duk kat kampung..hari-hari asyik berjalan je..anak-anak apa lagi memang suka sangatla..

Dalam perjalanan ke kemaman singgah makan kat tempat viral udang RM10, 45 ekor kawasan pantai penarik..memang banyak sangat, berbaloi-baloi.. kawasan pun cantik..

suka sangat main buai..yang ni kat pantai penarik
Kalau balik kampung, memang tak sah kalau tak bawa anak-anak pergi zoo..excited tengok dorang yang baru nak kenal haiwan-haiwan yang ada..

pandai buat aksi.. kat zoo kemaman
family potret plus ada gambar anak saudara sekali
ada beberapa spesis buaya
bersama si gajah
Pergi berkelah dengan adik ipar dan family mertuanya.. dekat dengan cemerong..tapi rasanya perlu jaga kebersihan disini..ramai yang datang buang sampah merata-rata..kawasan yang cantik macam ni perlu dipelihara dengan baik..moga-moga warga Malaysia mempunyai nilai untuk membersihkan alam sekitar..supaya kita dapat menikmati keindahan duniawi dan kesegaran alam...


Seminggu kami dikampung, akhir pulang kembali ke rumah bahagia kami..