Wednesday, 16 August 2017

Sayur Tak Menjadi

Untuk penanaman sayur kali kurang menjadi, saya pun tak tahu kenapa..sedih rasanya bila apa yang ditanam tak menjadi..bahkan sawi pun tak boleh nak survive..adakah disebabkan perubahan cuaca,..pokok terung ditanam pun tidak subur seperti dulu, lada semuanya dah hampir mati, cuma kangkung sahaja yang hidup subur..sedih bila tengok keadaan kebun tak seceria dulu..macam mana nak kembalikan balik kesuburan sayur-sayur ni..em....

jagung yang tak nak membesar
pokok diserang serangga dan penyakit
asparagus yang kurang subur
Nampaknya saya kena berusaha lebih kuat lagi untuk tanam sayur yang lain..kena juga cepat-cepat bersihkan kebun, tengok keadaan dah dipenuhi rumput..tapi malangnya tiap-tiap petang mesti hujan..tak bolehlah jugak nak mencabut rumput, jawabnya kena tunggu cuti dulu la..Harapnya en.suami boleh tolong bersihkan laman hujung minggu ni...

No comments:

Post a Comment