Tuesday, 15 August 2017

Deman & Kebun

Baru-baru ni kedua-dua anak saya mengalami demam yang agak teruk hingga terpaksa ke hospital.. dan terabaila jugak kebun kami dalam beberapa hari sebab sibuk menjaga buah hati..sampai sekarang anak-anak masih lagi selsema, kesian buah hati mami.. doakan mereka cepat sembuh ye sahabat-sahabat...

Kebun saya dah makin berserabut dengan rumput-rumput yang makin panjang, tak sempat nak merumput..bila agaknya nak bersihkan kebun dan elokkan kembali kebun..mood belum datang lagi..sekarang mood nak membeli pokok bunga saja..makin bertambah parah rasanya hobi kebun ni, suka mengumpul pulak jadinya..

Baru sahaja membeli pokok keri berry dengan harga rm80 dan dua pokok bunga raya (beli online) rm50.00 termasuk postage. Boleh tengokkan kat situ dalam bulan ni dah habis rm130.00 untuk hobi ni..hehe

contoh buah keri berry
sumber dari google
contoh pokok keri berry (jenis menjalar)
sumber dari google
Harapnya pokok ni boleh hidup dengan jayanya dibawah jagaan saya..aminn...

No comments:

Post a Comment