Wednesday, 30 August 2017

Kesibukan Bekerja

Sejak seminggu dua ni, banyak pula kerja kat office hingga membataskan tugas-tugas berkebun..sebab bila balik dari kerja dah terus rasa penat..tak keluar rumah..
Harini terasa rindu kat laman, hanya sekadar menjenguk saja, tugas menyiram pokok diambil alih oleh en.suami.. 
Banyak pula rasanye bunga-bunga berkembang..seronok rasa bila laman bertambah seri...



Our Dahlia finally has bloom..one been plant from bulb, and one from the seed..


Strawflower yang tinggi melayut, sangat susah nak berbunga, mungkin sebab saya yang tak pandai jaganya..







Alhamdulillah.. semakin segar ros-ros ni bilamana saya letak baja kulit udang... bunga pun terang-terang warnanya...


Bunga Zirafah @ Zinnia..memang cantik kalau tanam banyak-banyak macam ni kan..

pokok longan lada yang 1st time berbuah, walaupun tak lekat banyak
black chili, berbuah 3 biji
terung hijau yang semakin galak berbuah
Lastly our two cute daughter and son..



Semoga diberikan masa oleh-Nya untuk sentiasa menjaga amanahmu ini.. Mami sayang kamu...

Tuesday, 22 August 2017

Bunga Ros

saya terjumpa online seller yang jual bunga english rose, mmg sangat-sangat cantik, bunga pun unik juga, ada bermacam jenis..dan akhirnya saya tergoda dan membeli juga 5 pokok dengan harga RM130.00 sekali postage,.. dan melayang lagi duit gaji bulan ni... nak buat macam mana dah minat, sanggup berhabis demi pokok-pokok bunga dan benih.. mesti ramai yang macam saya kan..

ni antara id yang saya pilih, terlalu banyak id yang ada sehingga hampir seratus dan semua cantik-cantik, saya hanya pilih yang jenis renek dan bunga berjambak..

id teddy bear, gambar google
id red fairy, gambar google
id margo koster, gambar google 
id koster, gambar google
id red pinocchio, gambar google
sebelum ni saya memang dah tanam bunga ros, tapi jenis siam dan senang nak bela..






tapi malangnya kawasan rumah banyak serangga, habis daun dimakannya, bunga pun dimakannya secara berjemaah..kadang-kadang geram jugak rasanya..hmmm

Wednesday, 16 August 2017

Sayur Tak Menjadi

Untuk penanaman sayur kali kurang menjadi, saya pun tak tahu kenapa..sedih rasanya bila apa yang ditanam tak menjadi..bahkan sawi pun tak boleh nak survive..adakah disebabkan perubahan cuaca,..pokok terung ditanam pun tidak subur seperti dulu, lada semuanya dah hampir mati, cuma kangkung sahaja yang hidup subur..sedih bila tengok keadaan kebun tak seceria dulu..macam mana nak kembalikan balik kesuburan sayur-sayur ni..em....

jagung yang tak nak membesar
pokok diserang serangga dan penyakit
asparagus yang kurang subur
Nampaknya saya kena berusaha lebih kuat lagi untuk tanam sayur yang lain..kena juga cepat-cepat bersihkan kebun, tengok keadaan dah dipenuhi rumput..tapi malangnya tiap-tiap petang mesti hujan..tak bolehlah jugak nak mencabut rumput, jawabnya kena tunggu cuti dulu la..Harapnya en.suami boleh tolong bersihkan laman hujung minggu ni...

Tuesday, 15 August 2017

Deman & Kebun

Baru-baru ni kedua-dua anak saya mengalami demam yang agak teruk hingga terpaksa ke hospital.. dan terabaila jugak kebun kami dalam beberapa hari sebab sibuk menjaga buah hati..sampai sekarang anak-anak masih lagi selsema, kesian buah hati mami.. doakan mereka cepat sembuh ye sahabat-sahabat...

Kebun saya dah makin berserabut dengan rumput-rumput yang makin panjang, tak sempat nak merumput..bila agaknya nak bersihkan kebun dan elokkan kembali kebun..mood belum datang lagi..sekarang mood nak membeli pokok bunga saja..makin bertambah parah rasanya hobi kebun ni, suka mengumpul pulak jadinya..

Baru sahaja membeli pokok keri berry dengan harga rm80 dan dua pokok bunga raya (beli online) rm50.00 termasuk postage. Boleh tengokkan kat situ dalam bulan ni dah habis rm130.00 untuk hobi ni..hehe

contoh buah keri berry
sumber dari google
contoh pokok keri berry (jenis menjalar)
sumber dari google
Harapnya pokok ni boleh hidup dengan jayanya dibawah jagaan saya..aminn...

Tuesday, 8 August 2017

Syukur

Alhamdulillah..syukur bila kawasan nak masuk area rumah dah di tar oleh jiran yang baik hati..kami pun boleh tumpang sekaki guna jalan yang ditarkan tu..

anak-anak yang suka explore, kakak hani suka sangat buat duckface bila nak ambil gambar
Bunga-bunga yang berkembang pagi ni...sempat lagi saya snap sebelum ke tempat kerja.. =)

bunga  torenia
bunga zinnia burpeena
bunga vinca jenis juntai
bunga ruella putih 
bunga ruella merah jambu 
morning glory  
bunga jasmin jenis renek
bunga nicotiana 
Alhamdulillah...

Sunday, 6 August 2017

Koleksi Pokok Puding

mak saya atau lebih dikenali sebagai ma memang sangat suka dengan pokok puding, yang kat bawah ni antara koleksi pokok puding yang ditanamnya... tapi saya tak tahu spesis atau id apa..