Sunday, 17 March 2019

Kebun kecil

Baru-baru ni saya dah mula bergiat dalam penanaman semula sayur-sayur kat rumah, baru saja menyemai beberapa jenis sayur..dan ada juga yang saya baru sahaja order benihnya untuk ditanam..agak lama saya tak cuba menanam ni disebabkan oleh kekangan masa disebab ada anak kecil yang baru menginjak umur 7 bulan..

Si budak bambam dedek, anak manja ni memang tak boleh berenggang dengan mami dan papanya, jadi memang mami tak boleh sangat nak aktif dalam berkebun ni, kena tunggu dedek tidur dulu boleh main tanah. Sekali juga nak melayan kerenah abang dan kakaknya juga. Mami memang kadang-kadang jadi tarzan
 Antara tanaman dan juga ternakan yang ada, tapi arnab dah mati disebabkan oleh dimakan binatang lain yang tak diketahui.

ayam-ayam

sawi tapi dah kena ulat korek daun, habis daun nampak jalur-jalur

kangkung dah makin membesar

lobak putih
InsyaAllah akan datang mungkin akan bertambah sayur-sayur yang ada, dalam proses menanam cili, bendi, terung dan timun.

No comments:

Post a Comment