Sunday, 17 March 2019

Kebun kecil

Baru-baru ni saya dah mula bergiat dalam penanaman semula sayur-sayur kat rumah, baru saja menyemai beberapa jenis sayur..dan ada juga yang saya baru sahaja order benihnya untuk ditanam..agak lama saya tak cuba menanam ni disebabkan oleh kekangan masa disebab ada anak kecil yang baru menginjak umur 7 bulan..

Si budak bambam dedek, anak manja ni memang tak boleh berenggang dengan mami dan papanya, jadi memang mami tak boleh sangat nak aktif dalam berkebun ni, kena tunggu dedek tidur dulu boleh main tanah. Sekali juga nak melayan kerenah abang dan kakaknya juga. Mami memang kadang-kadang jadi tarzan
 Antara tanaman dan juga ternakan yang ada, tapi arnab dah mati disebabkan oleh dimakan binatang lain yang tak diketahui.

ayam-ayam

sawi tapi dah kena ulat korek daun, habis daun nampak jalur-jalur

kangkung dah makin membesar

lobak putih
InsyaAllah akan datang mungkin akan bertambah sayur-sayur yang ada, dalam proses menanam cili, bendi, terung dan timun.

Thursday, 14 March 2019

Mulberi

Pusing-pusing pokok mulberi, pokok mulberi...mesti ramai yang dah kenal dengan pokok mulberi kan, sebab dalam Didi & Friends ada lagu ni...

Anak-anak sangat suka makan buah mulberi, pokoknya selalu saja berbuah ditepi rumah, pokok takla besar sangat sebab selalu trim untuk bagi berbuah, tapi buahnya kadang tak habis nak makan...


Ni video anak tengah petik buah, sambil petik sambil makan, tak rugi menanamnya.. selain itu, buahnya berkhasiat. Yang ditanam ni sangat organik, bebas dari bahan kimia dan memang selamat... kalau ada yang nak kan keratan batang boleh komen, nanti saya bagi, tapi kena bayarla sikit kos poslaju bagi yang jauh, tapi kalau yang dekat boleh datang ambil saja kat rumah.