Selamat Hari Lahir Abe Zikrul yang ke-4 tahun... Mami sayang sangat kat abe...Moga membesar dengan sihat dan kuat, jadi anak yang soleh.. Moga menjadi adik dan abang yang baik pada kakak dan adik naaila... Cinta hati kedua Mami yang disayangi..ingatlah bahawa engkau satu-satunya anak lelaki Mami...
Saya dah mula secara skala kecil-kecil untuk menghias kembali keadaan landskap rumah dengan bunga-bunga dan juga sayur..masih lagi dalam peringkat awal.. pasu-pasu pun banyak yang masih kosong.. masih terfikir-fikir untuk buat laman macam mana untuk jadikan ianya tidak serabut..
kawasan tanaman sayur-sayur berdaun
bunga yang mengimbau zaman kecil-kecil dahulu kala
mulbery yang sentiasa berbuah, menjadi rezeki anak-anak dan sang burung
asparagus, jarang sekali ambil batangnya
untuk kali kedua belimbing madu berbunga, sebelum ni dah pernah rasa buahnya walaupun hanya 3 biji sahaja
tak tahu dah mcam mana nak serikan belakang rumah ni..paling geram bab rumput yang cepat sangat tumbuhnya
dah lama nak sediakan satu tempat untuk tanam bunga atas tanah, tapi bunga tak meriah lagi..insyaAllah nanti kita beli benih zinnia dan tanam banyak-banyak bagi meriah
kawasan agak terbengkalai lagi
masih mencari mood dan idea untuk cantikkan bahagian ni...pasu-pasu pun masih kosong
paling tak suka dengan rumput yang senang sangat tumbuh
kawasan bunga-bungaan, pasu masih lagi kosong, mencari ganti anak duri yang dah maut..
Baru-baru ni saya dah mula bergiat dalam penanaman semula sayur-sayur kat rumah, baru saja menyemai beberapa jenis sayur..dan ada juga yang saya baru sahaja order benihnya untuk ditanam..agak lama saya tak cuba menanam ni disebabkan oleh kekangan masa disebab ada anak kecil yang baru menginjak umur 7 bulan..
Si budak bambam dedek, anak manja ni memang tak boleh berenggang dengan mami dan papanya, jadi memang mami tak boleh sangat nak aktif dalam berkebun ni, kena tunggu dedek tidur dulu boleh main tanah. Sekali juga nak melayan kerenah abang dan kakaknya juga. Mami memang kadang-kadang jadi tarzan
Antara tanaman dan juga ternakan yang ada, tapi arnab dah mati disebabkan oleh dimakan binatang lain yang tak diketahui.
ayam-ayam
sawi tapi dah kena ulat korek daun, habis daun nampak jalur-jalur
kangkung dah makin membesar
lobak putih
InsyaAllah akan datang mungkin akan bertambah sayur-sayur yang ada, dalam proses menanam cili, bendi, terung dan timun.
Pusing-pusing pokok mulberi, pokok mulberi...mesti ramai yang dah kenal dengan pokok mulberi kan, sebab dalam Didi & Friends ada lagu ni...
Anak-anak sangat suka makan buah mulberi, pokoknya selalu saja berbuah ditepi rumah, pokok takla besar sangat sebab selalu trim untuk bagi berbuah, tapi buahnya kadang tak habis nak makan...
Ni video anak tengah petik buah, sambil petik sambil makan, tak rugi menanamnya.. selain itu, buahnya berkhasiat. Yang ditanam ni sangat organik, bebas dari bahan kimia dan memang selamat... kalau ada yang nak kan keratan batang boleh komen, nanti saya bagi, tapi kena bayarla sikit kos poslaju bagi yang jauh, tapi kalau yang dekat boleh datang ambil saja kat rumah.