Selamat Hari Lahir Abe Zikrul yang ke-4 tahun... Mami sayang sangat kat abe...Moga membesar dengan sihat dan kuat, jadi anak yang soleh.. Moga menjadi adik dan abang yang baik pada kakak dan adik naaila... Cinta hati kedua Mami yang disayangi..ingatlah bahawa engkau satu-satunya anak lelaki Mami...
Saya dah mula secara skala kecil-kecil untuk menghias kembali keadaan landskap rumah dengan bunga-bunga dan juga sayur..masih lagi dalam peringkat awal.. pasu-pasu pun banyak yang masih kosong.. masih terfikir-fikir untuk buat laman macam mana untuk jadikan ianya tidak serabut..
 |
kawasan tanaman sayur-sayur berdaun |
 |
bunga yang mengimbau zaman kecil-kecil dahulu kala |
 |
mulbery yang sentiasa berbuah, menjadi rezeki anak-anak dan sang burung |
 |
asparagus, jarang sekali ambil batangnya |
 |
untuk kali kedua belimbing madu berbunga, sebelum ni dah pernah rasa buahnya walaupun hanya 3 biji sahaja |
 |
tak tahu dah mcam mana nak serikan belakang rumah ni..paling geram bab rumput yang cepat sangat tumbuhnya |
 |
dah lama nak sediakan satu tempat untuk tanam bunga atas tanah, tapi bunga tak meriah lagi..insyaAllah nanti kita beli benih zinnia dan tanam banyak-banyak bagi meriah |
 |
kawasan agak terbengkalai lagi |
 |
masih mencari mood dan idea untuk cantikkan bahagian ni...pasu-pasu pun masih kosong |
 |
paling tak suka dengan rumput yang senang sangat tumbuh |
 |
kawasan bunga-bungaan, pasu masih lagi kosong, mencari ganti anak duri yang dah maut.. |
Terima kasih....