Wednesday, 12 December 2018

Si Matahari

Berpenampilan yang indah dan senang ditanam menggunakan biji benih.. pokoknya ada pelbagai saiz boleh menyerikan laman kecil rumah serta kebun sayur serta sesuai dibuat hiasan... bunga matahari juga mempunyai banyak jenis.

sunflower teddy bear
sunflower red sun

sunflower short stuff

sunflower mammoth
sunflower autumn beauty
sunflower lemon queen

Si Pencinta Zinnia

Saya amat suka dengan bunga Zinnia, pokoknya yang senang hidup walaupon hidupnya hanya semusim. Lagi pula zinnia mempunyai variasi warna cantik dan ada pelbagai jenis.

zinnia candy stripe
zinnia cactus
zinnia scabiosa
zinnia whirligig
zinnia persian carpet
zinnia profusion
zinnia giant



dan ada bermacam-macam jenis lagi zinnia yang wujud... insyaAllah jika diberikan kesempatan..saya akan tanam bila hujan dah reda dan laman rumah dah makin baik


Kehidupan hari ini

Bahagian Pantai Timur dah mula hujan tak berhenti, Alhamdullilah kawasan tempat tinggal saya berada di kawasan pantai..dan kawasan ni memang tak akan banjir cuma air aje akan bertakung sebab sistem perparitan tak berapa nak baik memandangkan depan kawasan rumah baru sahaja dibangunkan rumah untuk ma a.k.a mak saya.. jadi longkang semua akan dibaiki bila rumah selesai dibina...

Baru-baru kami sekeluarga ditimpa musibah bila rumah dipecah masuk dan beberapa barang penting dan duit hilang, tambahan pula kereta pon rosak... Alhamdullilah, Allah SWT telah memudahkan kami dengan perjalanan untuk menyelesaikan masalah ni tanpa sebarang ujian lain...

Kedaan laman kecil kami sekarang memang tak terurus dengan bahan-bahan binaan dan juga rumput yang semakin panjang..almaklumlah en.suami tak boleh nak meracun rumput, hujan sentiasa turun. Saya pon sekarang sibuk uruskan anak-anak tambahan ada anak kecil yang baru menginjak masuk 4 bulan apabila pulang dari kerja...bila masuk malam hari, tubuh mulai penat, hanya sekejap sahaja melayan kerenah anak-anak sambil membacakan buku, serta ajarkan kakak hanisah yang sekarang umur 5 tahun. Si abang (abe) zikrul yang berumur 3 tahun pula suka menyibuk minta ajar sekali. Tapi paling dia suka nak tengok youtube pasal toys review...kadang tercuit hati bila tengok kakak dengan abe bercakap, kadang-kadang keluar bahasa omputehnya...entah faham atau tidak perkataan yang disebutnya...

Begitulah keadaan bila jadi ibu beranak 3...sekarang memang penat, tapi bila sudah mereka dewasa kita pula merindukan mereka dimasa kecil...pengalaman sebagai ibu dan isteri mengajar saya menjadi seorang yang sabar, tidak mudah berkecil hati dan redha....


Monday, 3 December 2018

Orang Baru

Tanggal 13.08.2018 kami sekeluarga telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Naaila Hamidah..Alhamdullillah syukur atas nikmat Allah SWT...






#loveallmychild