Wednesday, 12 December 2018

Si Matahari

Berpenampilan yang indah dan senang ditanam menggunakan biji benih.. pokoknya ada pelbagai saiz boleh menyerikan laman kecil rumah serta kebun sayur serta sesuai dibuat hiasan... bunga matahari juga mempunyai banyak jenis.

sunflower teddy bear
sunflower red sun

sunflower short stuff

sunflower mammoth
sunflower autumn beauty
sunflower lemon queen

Si Pencinta Zinnia

Saya amat suka dengan bunga Zinnia, pokoknya yang senang hidup walaupon hidupnya hanya semusim. Lagi pula zinnia mempunyai variasi warna cantik dan ada pelbagai jenis.

zinnia candy stripe
zinnia cactus
zinnia scabiosa
zinnia whirligig
zinnia persian carpet
zinnia profusion
zinnia giant



dan ada bermacam-macam jenis lagi zinnia yang wujud... insyaAllah jika diberikan kesempatan..saya akan tanam bila hujan dah reda dan laman rumah dah makin baik


Kehidupan hari ini

Bahagian Pantai Timur dah mula hujan tak berhenti, Alhamdullilah kawasan tempat tinggal saya berada di kawasan pantai..dan kawasan ni memang tak akan banjir cuma air aje akan bertakung sebab sistem perparitan tak berapa nak baik memandangkan depan kawasan rumah baru sahaja dibangunkan rumah untuk ma a.k.a mak saya.. jadi longkang semua akan dibaiki bila rumah selesai dibina...

Baru-baru kami sekeluarga ditimpa musibah bila rumah dipecah masuk dan beberapa barang penting dan duit hilang, tambahan pula kereta pon rosak... Alhamdullilah, Allah SWT telah memudahkan kami dengan perjalanan untuk menyelesaikan masalah ni tanpa sebarang ujian lain...

Kedaan laman kecil kami sekarang memang tak terurus dengan bahan-bahan binaan dan juga rumput yang semakin panjang..almaklumlah en.suami tak boleh nak meracun rumput, hujan sentiasa turun. Saya pon sekarang sibuk uruskan anak-anak tambahan ada anak kecil yang baru menginjak masuk 4 bulan apabila pulang dari kerja...bila masuk malam hari, tubuh mulai penat, hanya sekejap sahaja melayan kerenah anak-anak sambil membacakan buku, serta ajarkan kakak hanisah yang sekarang umur 5 tahun. Si abang (abe) zikrul yang berumur 3 tahun pula suka menyibuk minta ajar sekali. Tapi paling dia suka nak tengok youtube pasal toys review...kadang tercuit hati bila tengok kakak dengan abe bercakap, kadang-kadang keluar bahasa omputehnya...entah faham atau tidak perkataan yang disebutnya...

Begitulah keadaan bila jadi ibu beranak 3...sekarang memang penat, tapi bila sudah mereka dewasa kita pula merindukan mereka dimasa kecil...pengalaman sebagai ibu dan isteri mengajar saya menjadi seorang yang sabar, tidak mudah berkecil hati dan redha....


Monday, 3 December 2018

Orang Baru

Tanggal 13.08.2018 kami sekeluarga telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Naaila Hamidah..Alhamdullillah syukur atas nikmat Allah SWT...






#loveallmychild

Sunday, 22 July 2018

kawasan rumah tidak terurus

sudah lama tidak dicoret, sudah bersawang..puasa dan raya dah lama meninggalkan kita..tapi saya masih lagi seperti sebelum ini..masih belum mempunyai kerajinan dan ketidakmampuan untuk memulakan projek kebun yang baru..kawasan rumah juga semakin banyak rumput kerana tidak diselenggara.. begitu juga dengan pokok-pokok bunga yang semakin pupus.. 

harapan selepas bersalin dapatla memulakan projek kebun nanti.. dan harapnya tidakla terlalu sibuk melayan kerenah anak-anak..

semoga diberi kekuatan kepada kita semua...

Wednesday, 23 May 2018

Kisah Mei 2018

Sebenarnya pada tahun ni saya telah disahkan mengandung anak ketiga..dan sepanjang tempoh pregnancy ni saya memang tiada hati untuk berkebun dan hampir keseluruhan pokok-pokok mati tidak terjaga...boleh juga dikata sudah 20 pokok ros berID telah mati akibat kepanasan dibumi bachok ni..begitu juga dengan tanaman lain yang ditanam...hampir pupus semuanya..

Sekarang saya masih dalam rasa tiada mood untuk berkebun...mungkin juga penangan dari aura pregnant kali ni..

Harapnya lepas bersalin yang dijangka bulan September nanti..mood berkebun datang kembali...







Keadaan pokok yang terurus.. ada ke yang ingin jadi personal landskap untuk saya..tolong bagi idea untuk kemaskan laman yang berserabut ni..

Joy!!

Tuesday, 30 January 2018

Update 30 Jan 2018

Kepada sahabat2, sudah lama tak update maklumat pasal kebun secoit tu.. memang sekarang sibuk dengan kerja dan kadang2 badan tak berapa nak sihat..memang saya dah kurang berkebun, en.suami yang banyak tolong siramkan pokok2 bunga dan sayur yang ditanam..saya kurang larat baru2 ni..

Saya baru saja menanam sayur.. cuma dalam kuantiti yang sedikit..tapi bolehla setakat nak makan untuk kami sekeluarga yang kecil ni..tapi memang jarang saya beli sayur sebab selalunya mesti ada jiran yang akan berbagi rezeki kepada saya..almaklumla saya duduk kat kampung yang rata2 jiran adalah petani.. memang beruntung...

Sawi merah

Ketumbar

Salad

Asparagus

Ada beberapa anak lada dan bendi yang baru sahaja ditanam..tapi tak ada mood sebab pokok kecil lagi.. tunggu pokok boleh bagi buah dulu baru upload..

Thanks..

Tuesday, 2 January 2018

Angin kuat

dalam seminggu dua ni kat pantai timur angin memang sangat kuat..kadang pokok dalam pasu pon boleh tumbang dek angin kuat tu..saya masih lagi seperti sebelum ini, masih belum memulakan episod berkebun..sibuk dengan aktiviti anak-anak..kadang-kadang ada juga cuba menyemai kembali pokok-pokok bunga dari induknya..benih-benih sayur baru sahaja disemai pada khamis miggu lepas..harapnya semua akan tumbuh..en.suami memang minat sangat nak tanam kacang botol, tapi benihnya pula dah lama..harap-harap hidupla jugak sepokok dua...dan juga dah dua kali pesan pada suami minta dibelikan pasu kecil comel untuk semaian bunga, masih lagi belum ditunaikan..