Wednesday, 26 June 2013

PotLuck 2013

1st time untuk tahun 2013, bdk2 opis ni ada wat pakatan nak wat potluck sbb dah lama sangat3 xbuat...

so harini terjadilah sejarah baru pusat bahasa.... makanan mmg sgt sdp2... mmg sume staf sakit perut dibuatnya... boleh dikata masing2 makan 2,3,4 kali round... hehehe
siap boleh wat balik bekal~~~~ luv it!!!!

korang nati buatla lagi..... em..sempena besday org plop deh =p



DSC_0899.JPG
apa nie...mula2 dah tunjuk kek.... padahal saje nak wat org terliur... motif jahat =p

DSC_0900.JPG

DSC_0892.JPG
masing-masing cbuk nak amek pic update status~~ wink ***

DSC_0896.JPG

DSC_0897.JPG

DSC_0898.JPG



DSC_0902.JPG
ratu dan rata makanan.. =)


DSC_0911.JPG

DSC_0905.JPG
okeh...sape pya besday tu... 

DSC_0916.JPG
muka puas ati kekenyangan...

DSC_0917.JPG
pic tme sudah makan..kalau xmmg belambakla pinggan atas meja tu...
so kawan-kawan semua bila nak buat lagi? yang penting sebelum cuti bersalin okeh!!!


Monday, 24 June 2013

8 bulan berlalu....

Minggu ni dah masuk 33 minggu mengandungkan baby kecik ni... skunk kondisi pon dah xbrape nak bek, asek penat jew,  bila jalan mesti termengah2 even jalan kejap jew... tp yang paling best time ngandung ni en.suami caring sgt3, bila penat cket ye tlg urut, sweet sgt!! pastu sume benda yang nak dimakan mesti dibelinya... untuk pengetahuan semua, aku still xtaw lagi jantina baby ni, tp sebenarnya xkesah pon dapat baby boy or baby girl, asal baby sihat dan cukup sifatnya, sebab tu kan pemberian dari Yang Maha Esa... asek terpikir2 bila nak pegi scan, memandangkan dua2 sibuk kije terutamanya en.suami yang kije siang malam demi mencari rezeki tok wife and baby... TQ HUBBY

 pic terkini dengan perut dan muka yang makin mengembang***

Sunday, 16 June 2013

PESANAN BUAT WANITA

PESANAN RASULULLAH TERHADAP WANITA

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya,
“Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api”.
Saidatina Aisyah bertanya, mengapa wahai Rasullullah?
Jawab Rasulullah SAW:
1. Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami dan melakukan kerja rumah.
2. Tiada memuji ataupun berterima kasih (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya (jarang org perempuan yg mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)
3. Sering mengkufur (engkar) terhadap nikmat Allah, contohnya apabila berlaku suatu pertengkaran ada isteri yang berkata “Sudah 10 tahun berkahwin dengan awak tak ada apa-apa pun”.
4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa, contohnya memperkecil-kecilkan suami dan mengumpat. Tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali ia menghulurkan tangannya kepada suami (meminta ampun dan maaf)
5. Hadis Nabi SAW “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita ataupun isteri yang solehah”
6. Sabda Rasulullah SAW “mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina.
7. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar rumah kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipersonakan oleh iblis. Sabda Nabi SAW ” perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia”
8. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita ( yg halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli ). Diriwayatkan bahawa satu hari, ketika Rasullullah SAW bersama isterinya, (Ummu Salamah dan Maimunah) datang sahabatnya yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami Ya Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab, “Bukankah kamu dapat melihat?”
9. Rasulullah SAW bersabda “Perempuan yang melabuhkan pakain dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpana gelap gelita pada hari kiamat, tiada Nur baginya.”
10.Sabda Rasulullah SAW “Dikahwini wanita kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu bertuah.”
11.Hadis Nabi SAW “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya”.
12.Sabda nabi SAW “Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhaiNya.”
13.Sabda nabi SAW:” wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya, tanpa hisab”
14. Hadis Nabi, “Mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suami, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya”.
15. Sabda Nabi SAW, “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.
16.Nabi SAW bersabda “Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
17.Dari Muaz, Sabda Nabi SAW “Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api neraka”.
18.Dan mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan-minumnya atau merenung ia pada suaminya, atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan keramat itu. Tidak seorang pun yang sampai ke martabat itu kecuali Nabi-nabi. Thabit Al-Bananiy berkata “seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita hingga suaminya selesai. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esoknya, matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan) pada perempuan itu kerana kemuliaan dan penghormatannya pada suaminya.
19.Dari Ibnu Mas’ud, katanya nabi SAW bersabda: “Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (500 tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadap Allah swt.

20.Nabi Saw bersabda: ” Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya ‘Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun ‘, maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
21.Sabda Nabi SAW “Sebaik-baik wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya, ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah diturutnya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya”.
22. Sabda Nabi SAW “Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika dia terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan ditepinya”.
23. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.
24. Sabda Nabi SAW ” Wanita yang mempergunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekalian “.
25. Ibnu Umar ra berkata, Sabda Nabi SAW ” Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku dalam syurga.”
26. Dlm Kitab Muhimah “Hendaklah isteri mendahului suaminya atas hak dirinya dari seluruh kaum kerabatnya”.
27. Rasulullah SAW bersabda “syurga itu di bawah telapak kaki ibu”.
28. Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang itu mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah akan malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapus baginya seribu kejahatan “.
29. Sabda Nabi SAW ” Apabila seorang wanita sakit untuk bersalin maka Allah mencatat baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah ”
30. Sabda Nabi SAW ” Ya Fatimah! Mana-mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kuku suaminya, Allah akan berikan dia minum dari sungai-sungai dalam syurga serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan baginya kelepasan dari api neraka dan selamat ia melintas titian sirat “.

31. Dari Ali bin Abi Talib, Aku dengar Rasululullah SAW bersabda, Tiga golongan umatku akan mengisi neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia mereka iaitu:
a. Orang yg gemuk tetapi kurus
b. Orang yg berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yg alim tetapi jahil

Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuh badannya tetapi kurang amal ibadatnya. Adapun orang yang berpakaian tetapi telanjang itu ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Dan adapun orang yang alim tetapi jahil itu ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
32. Sabda Nabi SAW ” Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka adalah wanita” Ditanya, “Mengapakah demikian Ya Rasululullah?” Dijawab baginda SAW ” Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup “.
33.Sabda Nabi SAW ” Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita” maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka “mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab nabi, “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah nikmat suaminya”.

34. Sabda Nabi SAW ” Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang lelaki didalam neraka dan dua kali ganda seorang lelaki di dalam syurga”
35. Sabda Nabi SAW “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api neraka, di antara parit-parit itu ialah sejauh langit dan bumi”.
36. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang-benang Allah akan mencatatkan utknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat”.

37. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”
38. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.
39. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhati.
>>semoga mendapat pengetahuan kepada kita semua kaum wanita, dan diamalkan...

SELAMAT HARI BAPA

Wednesday, 12 June 2013

Kisah Kalkatu

KALKATU 

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI. 

Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut. 
Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu. 

MORAL & IKTIBAR 

Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu .
Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat . Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.


***mencari2 kisah ini kerana sekarang terlalu banyak kalkatu yang ada yang dah menempah maut di dalam bilik air sehingga xsanggup nak cuci everyday, mungkin sebab musim hujan kalkatu keluar mencari cahaya sehingga maut dengan kuantiti beribu-ribu ekor.... dan kisah sebegini boleh dijadikan teladan buat semua terutamanya golongan2 remaja yang masih tidak sedarkan diri dan hanyut dalam dunia fantasi masing-masing.  Berfikiran matanglah adik2ku bahawa masih panjang lagi perjalanan hidupmu itu, bukan hanya untuk mencapai keseronokan dunia sahaja di zaman muda belia, fikirkan juga dengan masa depan hidupmu, dan tika masa di alam yang satu lagi...  moga2 aku juga tidak terlena dibelai kesenangan hidup... 

Tuesday, 11 June 2013

TERIMA KASIH EN.SUAMI

Kepada Suamiku,

Terima kasih sebab sanggup buat pengorbanan yang besar untuk sayang.. memang amat terharu dengan tindakan hubby... sanggup susah untuk sayang... sanggup terima kritikan dan hinaan demi sayang... terima kasih banyak-banyak sayang ucapkan... pengorbanan hubby tak ternilai buat sayang dan bayi kita yang bakal lahir nanti... hubby, I LOVE U so much !!!

Daripada Isterimu.

Monday, 3 June 2013

1stly nak cerita sal kesedihan melanda bila xdapat apa yang di inginkan.. mungkin xde rezeki kami sekeluarga lagi kot... harapan : semoga dipermudahkan rezeki kami sekeluarga dan diberikan pekerjaan punca rezeki dekat sini, di tanah kelantan....

yang ni lak nak cerita kisah musim kenduri di musim cuti sekolah yang sedang hangat berlangsung... mmg banyak giler dapat invitation ke kenduri kendara, cuma ada sesetengah tu xdapat pergi sebab ada benda len yang perlu dibuat.. mintak maap kepada kawan-2 seopis yang ada kenduri pada 1jun 2013 terutamanya en. mohd hafis dan isteri sebab xdapat nak pergi majlis korang... terpakse hadir ke majlis kenduri cousin pada masa tu... tp yang sadisnya, sbb makan gulai banyak sangat, sampi boleh keracunan makanan... tercirit birit sampai rini... huhuhu... sangat2 sadis.. asek duk terpikir2 sebab makan apa ley sakit perut sampai gini sekali, mgkinkah gulai kawah @ ayam paprik @ acar umbuk nyo a.k.a kelapa @ sira labu... yang mana 1 makanan tercemar... em....

apa2 pon... selamat pengantin baru kepada hafis, yah, dan seri... semoga bahagia hingga ke akhir hayat....