Wednesday, 8 September 2021

our garden now

 Kebun kami sekarang dah banyak berubah...cuma kurang masa untuk menulis blog memandangkan banyak kerja yang kena buat sambil-sambil kena jugak sentiasa tengokkan PdPr anak-anak.....


Please follow and subscribe us on youtube channel.....





Thank you.....


Sunday, 30 August 2020

30.08.2020

dalam kesibukan menguruskan anak-anak dipagi hari untuk hantar ke sekolah dan terus ke tempat kerja...sempat lagi meninjau kawasan laman kecil yang sudah lama dibiarkan.....










Wednesday, 15 July 2020

OUR hOME

Selalu sangat tunjuk kebun...hari ni nak tunjuk bahagian dalam rumah.....sebab dari rumahlah membuatkan mood untuk berkebun tu lagi bersemangat...kalau rumah bersih, kemas, seharusnya mood pon lebih baikkan...


Tahun 2019






Tahun 2020



Taman bagi tahun 2020


video di awal mula berkebun...

Tuesday, 3 March 2020

kebun di pagi hari

sudah lama sangat tidak mencoret apa-apa di blog ni.. kurang kerajinan nak menulis, kadang-kadang terlalu penat kerana kerja yang tak sudah...kebun pon hanya sekadar dijenguk-jenguk saja...tiada kesempatan nak menanam baru...begitu juga modal juga makin berkurang...berkebun ni banyak jugak keluar modal sebelum nak dapatkan hasil...

mujur juga en. suami selalu tolong siramkan pokok...cukuplah sekali sehari...



rumput dah semakin panjang...tak larat nak cabut...harap hari minggu nanti bolehlah cabut rumput dan kemas laman...

Wednesday, 30 October 2019

Hari Ini

Hari ini saya hanya nak post gambar yang diambil pagi tadi

bunga ros yang kembang 

rumput dah panjang, hujung minggu nanti boleh cabut. Minggu sudah terlalu sibuk buat kerja.

Monday, 22 July 2019

Sunday, 7 April 2019

Happy Birthday Abe

Selamat Hari Lahir Abe Zikrul yang ke-4 tahun... Mami sayang sangat kat abe...Moga membesar dengan sihat dan kuat, jadi anak yang soleh.. Moga menjadi adik dan abang yang baik pada kakak dan adik naaila... Cinta hati kedua Mami yang disayangi..ingatlah bahawa engkau satu-satunya anak lelaki Mami...


Saya dah mula secara skala kecil-kecil untuk menghias kembali keadaan landskap rumah dengan bunga-bunga dan juga sayur..masih lagi dalam peringkat awal.. pasu-pasu pun banyak yang masih kosong.. masih terfikir-fikir untuk buat laman macam mana untuk jadikan ianya tidak serabut..

kawasan tanaman sayur-sayur berdaun




bunga yang mengimbau zaman kecil-kecil dahulu kala


mulbery yang sentiasa berbuah, menjadi rezeki anak-anak dan sang burung

asparagus, jarang sekali ambil batangnya

untuk kali kedua belimbing madu berbunga, sebelum ni dah pernah rasa buahnya walaupun hanya 3 biji sahaja

tak tahu dah mcam mana nak serikan belakang rumah ni..paling geram bab rumput yang cepat sangat tumbuhnya

dah lama nak sediakan satu tempat untuk tanam bunga atas tanah, tapi bunga tak meriah lagi..insyaAllah nanti kita beli benih zinnia dan tanam banyak-banyak bagi meriah

kawasan agak terbengkalai lagi

masih mencari mood dan idea untuk cantikkan bahagian ni...pasu-pasu pun masih kosong

paling tak suka dengan rumput yang senang sangat tumbuh


kawasan bunga-bungaan, pasu masih lagi kosong, mencari ganti anak duri yang dah maut..
 Terima kasih....